Tuesday, 19 June 2012

JADUAL SESI PEMBELAJARAN RENANG

Bagi anda yang minat belajar berenang di Syoknyer-Renang boleh hubungi saya dan sesi pembelajaran seperti jadual di bawah:

JADUAL PEMBELAJARAN RENANG (SESI KOLAM)
TEMPAT : KOLAM RENANG PUSAT MARITIM, PRESINT 5 PUTRAJAYA
 
BAYARAN MASUK KOLAM RM 5.00 SETIAP SESI
KOLAM RENANG DIBUKA SETIAP HARI
SESI 1
SESI 2
SESI 3
SESI 4
9.00 PG  – 11.45 PG
12.30 TGHARI – 3.15 PTG
4.00 PTG – 6.45 PTG
7.30 MLM – 9.45 MLM



IKLAN....IKLAN...MARI BELAJAR BERENANGGG

Buat yang tidak tahu berenang jangan sengan-segan kerana kami di Syoknyer Renang menyediakan perkhidmatan kelas renang untuk semua peringkat umur dewasa dan kanak-kanak melalui pakej personal, kumpulan dan keluarga..


Jadi....apa tunggu lagi...Jom Daftar Sekarang!!!!!


Wednesday, 6 June 2012

MINAT BERENANG TAPI.......

Anda minat berenang???  Tapi tak tahu berenang?  Jangan risau sebab di Syoknyer-Renang ini ada menyediakan perkhidmatan renang untuk semua peringkat umur, untuk dewasa dan kanak-kanak. Kelas di buat di sekitar Putrajaya. Pakej pembelajaran juga disediakan untuk personal, kumpulan dan keluarga.   

Saya pasti anda minat untuk berenang. Jangan malu jangan sengan untuk belajar berenang walaupun abang2 kakak2 mungkin ada yang sebaya saya...Tidak rugi belajar berenang.  Sebab apa? Sebab sekarang ini ramai yang mula mengetahui kebaikan berenang dan ia juga salah satu aktiviti senaman cuma ia senaman di air lah...aktiviti senaman yang menyeronokkan dan menyihatkan badan..

Jadi....jangan lepaskan peluang untuk belajar berenang..Jangan risau tentang tenaga pengajar sebab tenaga pengajar adalah tenaga pengajar yang berkelayakan...Tunggu apa lagi!!! JOM KITA BERENANG!!!!!!

Tuesday, 29 May 2012

Apa itu BERENANG????

Berenang?
Berenang ialah menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dengan menggunakan tangan, kaki atau ridip. Ia selalunya dilakukan tanpa menggunakan peralatan renang.  Berenang juga merupakan salah satu aktiviti rekreasi dan olahraga air.  Banyak kelebihan yang diperolehi dengan berenang antaranya:
  1. Satu aktiviti senaman dan sukan yang paling sihat dan selamat tanpa risiko kecederaan.
  2. Dapat meningkatkan stamina sebab semasa berenang seluruh otot, jantung dan paru-paru akan bekerja.
  3. Aktiviti senaman yang membakar kalori sebab masa berenang banyak tenaga yang digunakan untuk bergerak di dalam air. Jadi ia juga merupakan salah satu aktiviti untuk menurunkan  berat badan selain daripada joging.
  4. Dapat melentur dan menghasilkan tubuh badan yang menarik coz semasa berenang perlu amalkan  bentuk postur badan yang betul dan bila berdisiplin dalam hal ini dapat menghasilkan tubuh badan yang menarik.
  5. Dapat memberikan ketenangan dan mengurangkan stress.
  6. Berenang dapat lahirkan insan yang tenang, berani dan tidak panik bila berhadapan dengan situasi kecemasan di dalam air.
Oleh itu, banyak manfaat yang boleh didapati dengan melakukan aktiviti berenang. Aktiviti ini sangat berguna untuk:
  • Orang yang ingin meningkatkan stamina.
  • Orang yang gemuk yang ingin menguruskan badan.
  • Pesakit kronik pada leher, punggung dan lutut.
  • Pesakit osteoporosis dan osteoarthritis.

Untuk akan datang akan diterangkan jenis-jenis gaya renang.....wait yaaa...