Tuesday, 29 May 2012

Apa itu BERENANG????

Berenang?
Berenang ialah menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dengan menggunakan tangan, kaki atau ridip. Ia selalunya dilakukan tanpa menggunakan peralatan renang.  Berenang juga merupakan salah satu aktiviti rekreasi dan olahraga air.  Banyak kelebihan yang diperolehi dengan berenang antaranya:
  1. Satu aktiviti senaman dan sukan yang paling sihat dan selamat tanpa risiko kecederaan.
  2. Dapat meningkatkan stamina sebab semasa berenang seluruh otot, jantung dan paru-paru akan bekerja.
  3. Aktiviti senaman yang membakar kalori sebab masa berenang banyak tenaga yang digunakan untuk bergerak di dalam air. Jadi ia juga merupakan salah satu aktiviti untuk menurunkan  berat badan selain daripada joging.
  4. Dapat melentur dan menghasilkan tubuh badan yang menarik coz semasa berenang perlu amalkan  bentuk postur badan yang betul dan bila berdisiplin dalam hal ini dapat menghasilkan tubuh badan yang menarik.
  5. Dapat memberikan ketenangan dan mengurangkan stress.
  6. Berenang dapat lahirkan insan yang tenang, berani dan tidak panik bila berhadapan dengan situasi kecemasan di dalam air.
Oleh itu, banyak manfaat yang boleh didapati dengan melakukan aktiviti berenang. Aktiviti ini sangat berguna untuk:
  • Orang yang ingin meningkatkan stamina.
  • Orang yang gemuk yang ingin menguruskan badan.
  • Pesakit kronik pada leher, punggung dan lutut.
  • Pesakit osteoporosis dan osteoarthritis.

Untuk akan datang akan diterangkan jenis-jenis gaya renang.....wait yaaa...


No comments:

Post a Comment